widgets

Sunday, November 2, 2014

Bab 1 : PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Objektif
1.    Untuk memberikan kefahaman tentang prinsip pertolongan cemas agar bantuan-bantuan sewajarnya dapat diberikan. Objektif-objektif pertolongan cemas adalah

1.1          Menyelamatkan nyawa

1.1.1      Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasannya berikan bantuan    pemulihan pernafasan dan jantung
1.1.2        Setiap saat adalah penting
1.1.3        Berhentikan pendarahan
1.1.4        Pulihkan renjatan

1.2          Mengelakkan keadaan diri dari menjadi lebih teruk

1.2.1             Mengurangkan pergerakan. Buat apa saja yang anda tahu
1.2.2             Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran semulajadi
1.2.3             Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. 
              Basahkan  bibir sekirannya perlu.

1.3          Memberi kelegaan dan keselesaan

1.3.1      Memberikan semangat yang kuat kepada pesakit yang sedar
1.3.2      Jangan tinggalkan pesakit bersendirian
1.3.3      Pastikan keadaan pesakit-periksa nadi dan pernafasan





Definisi
2.    Pertolongan yang diberi kepada mereka yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doktor atau sebelum ketibaan ambulans.

Sifat ahli Pertolongan Cemas
3.    Sifat sebagai ahli pertolongan cemas adalah:

Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan


 3.1       Tajam pemerhatian :  Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.   Keselamatan dan diri sendiri dan si malang sama-sama diutamakan

 3.2       Pantas berikhtiar     :  Hendaklah mengunakan apa yang sesuai yang terdapat di                                                     sekeliling kita

 3.3       Tidak kasar            :  Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera

3.4       Berakal budi            :   Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar

3.5       Bertimbang rasa       :  Bersimpati dengan orang yang tercedera

3.6       Sentiasa tersenyum  :   Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit









No comments: