Objektif
1. Memberi
pengetahuan berhubung dengan peredaran darah keseluruhan yang menjadi fungsi
utama dalam struktur tubuh badan.
Definisi
2. Peredaran
darah adalah suatu sistem pengedaran dan persekitaran darah bermula dari jantung
ke jantung semula. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan bahan-bahan
makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon
dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki lagi dari sel-sel.
Sistem Peredaran
3. Darah
dipam keluar dari jantung dan sampai ke segenap pelusuk tubuh badan melalui
satu sistem peredaran darah yang mengandungi seperti berikut :
3.1
Jantung
3.2
Arteri
3.3
Vena
3.4
Salurhalus/Rerambut
3.5
Bendalir
Jantung
4. Jantung
merupakan salah satu daripada organ yang penting dalam badan manusia. Organ ini
boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh
dinding yang dipanggil SEPTUM. Kedua-dua bahagian ini tidak boleh berhubung
diantara satu sama lain.
5. Selain
dari itu, ia juga dibahagi oleh injab iaitu di atas dan di bahagian bawah.
Ruang bahagian atas di panggil ATRIA, manakala bahagian bawah di panggil
VENTRIKAL.
6. Di
jantung ini terdapat dua atria iaitu kiri dan kanan, begitu juga ventrikal.
Peredaran Darah
Dalam Jantung
7. Peredaran
ini bermula apabila darah yang dibawa dari badan oleh Vena Cava (darah kurang
oksigen) masuk ke dalam arteri aville atau arterium kanan. Apabila darah ini
masuk ke arteria akan mengepam darah ke ventrikal kanan. Darah yang masuk ini
dikawal oleh injap. Selepas itu darah ini akan dipam oleh ventrikal kanan ke
peparu. Di peparu, proses penukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku.
Setelah proses ini selesai, darah ini akan masuk semula ke arteria kiri.
Selepas itu darah ini akan mengalami proses yang sama seperti di sebelah kanan
tadi. Apabila sampai di ventrikal, darah yang mempunyai banyak oksigen tadi
akan dipam ke seluruh badan melalui Aorta dan Arteri.
No comments:
Post a Comment