widgets

Sunday, November 2, 2014

Bab 2 MENILAI KEADAAN PESAKIT

Objektif
1.    Untuk memberi kefahaman berkaitan menilai keadaan pesakit agar tindakan sewajarnya dapat diambil

Definisi
2.    Menilai keadaan pesakit bermakna mengenalpasti keadaan (kondisi) atau kedudukan penyakit atau bahaya yang sedang dihadapi oleh pesakit dengan tujuan untuk menentukan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memulihkan keadaan

Maklumat untuk penilaian
3.    Untuk menilai keadaan pesakit maklumat adalah perlu. Maklumat boleh diperolehi melalui sumber-sumber berikut :

3.1          Tanda-tanda. Buat pemeriksaan rapi untuk mempastikan apakah tanda-tanda yang terdapat pada tubuh pesakit seperti luka, berdarah, lebam dan calar-calar
3.2          Aduan. Dari gejala-gejala apa yang mengalami satu-satu kecedaraan. Ini dapat dipastikan ini mengalami satu-satu kecedaraan. Ini dapat dipastikan dari bend atau barang-barang yang terdapat di sekililing pesakit seperti :

       3.2.1      Pisau : Menunjukkan pesakit kena tikam
       3.2.2      Kartus Kosong : Kemungkinan pesakit kena tembak

3.3   Sejarah. Maklumat atau cerita yang diperolehi dari pesakit sendiri, rakan-rakan       atau masyarakat sekeliling yang mengetahui bagaimana kejadian itu telah berlaku.





Penilaian Awal Pesakit
4.    Dalam penilaian awal pesakit perkara-perkara berikut hendaklah diambilkira

4.1       Bahaya (Danger)           > Adakah anda dan pesakit terdedah kepada bahaya ?
4.2       Timbal Balas (Respon) > Adakah pesakit itu sedar ?
4.3       Salur Udara (Airways)   > Adakah salur udara terbuka dan tiada halangan ?
4.4       Pernafasan (Breathing) > Adakah pesakit bernafas ?
4.5       Pekeliling (Circulation)  > Adakah nadinya berdenyut ?


Bertindak Berdasarkan Kepada Penilaian Anda
5.    Berikut adalah tindakan yang perlu diambil berdasarkan penilaian yang dibuat :

5.1       Tidak sedar diri tiada nadi atau bernafas   > 1. Dail 999 untuk ambulans
                                                                                > 2.Mulakan CPR
5.2       Tidak bernafas dan ada nadi                      > 1. Beri satu hembusan tiap-tiap 5
                                                                                    Saat sebanyak 12 kali
                                        2. Dail 999 untuk ambulans
                                      3. Pemulihan Pernafasan



5.3       Tidak sedar diri, bernafas dan nadi            > 1.Rawat mana-mana kecederaan yang boleh membahayakan nyawa
5.4       Sedar, bernafas dan nadi wujud                > 1. Rawat sebaik-baik cara

                                                                               > 2. Dapatkan bantuan

No comments: