widgets

Sunday, November 2, 2014

Bab 3 : STRUKTUR TUBUH BADAN

Objektif
Untuk memberi kefahaman tentang struktur tubuh badan manusia bagi membolehkan peserta mengenalpasti tempat-tempat tercedera dan memberi rawatan yang sesuai kepada mangsa.

Definisi
Struktur tubuh badan ialah rangkaian tulang memberi rupa susuk dan kekuatan badan

Pengenalan
Tubuh badan manusia terbentuk daripada struktur yang berhubungkait dan berinteraksi dengan sistem-sistem yang terdapat dalam badan.

Antara sistem tersebut ialah :

  • Sistem Pernafasan
  • Sistem Kardiovaskular
  • Sistem Saraf
  • Sistem Muskuloskeletal
  • Sistem Genitourinari
  • Sistem Reproduktif


Kecederaan kepada sistem-sistem seperti di bawah boleh mengancam nyawa.

  • Sistem Pernafasan
  • Sistem Kardiovaskular
  • Sistem Saraf




Keutamaan perawatan perlulah diberikan kepada sistem-sistem ini melalui pemeriksaan yang teliti berdasarkan langkah-langkah berikut.

  • Tahap Kesedaran (Sistem Saraf)
  • Saluran Pernafasan (Sistem Pernafasan Atas)
  • Pernafasan (Sistem Pernafasan)
  • Peredaran Darah (Sistem Kardionvaskular)


Fungsi
Fungsi rangka tubuh badan ialah:

  • Membentuk rupa dan ketegapan
  • Melindungi organ-organ seperti otak, paru-paru,jantung dan lain-lain
  • Membolehkan badan berdiri tegak
  • Tempat bergantung (attachment) otot-otot dan urat-urat badan
  • Menghasilkan sel-sel darah
  • Membantu pergerakan


Komposisi
Struktur tubuh badan mengandungi 206 ruas tulang dan terdapat empat jenis tulang iaitu:

  • Tulang panjang (contoh: tulang femur)
  • Tulang Pendek (contoh : tulang falanges)
  • Tulang Leper (contoh : Tulang stefenum)
  • Tulang tidak tentu (contoh: tulang vertebra)







Bahagian-bahagian Badan
Struktur tubuh badan dibahagikan kepada 4 bahagian:

  • Kepala
  • Trunkus
  • Tulang anggota atas
  • Tulang anggota bawah


Kepala. Terbina daripada tempurung kepala dan tulang muka
Trunkus. Terdiri daripada
  • Vertebra
  • Tulang Rusuk
  • Sternum
  • Xifoid
  • Skapula
  • Klavikel


Vertebra. Terdiri daripada 33 ruas:
  • 7-servikal
  • 12-toraks
  • 5-lumber
  • 5-sakrum
  • 4-koksiks


 (tulang rawan terdapat di antara vertebra, servikal, toraks dan lumbar) lihat Gambarajah 2.

Tulang Rusuk. Terdiri daripada 12 pasang
  • 1-7 tulang rusuk benar (bersambung terus ke sternum)
  • 8-10 tulang rusuk bercantum (palsu)
  • 11-12 tulang rusuk tergantung (lihat gambarajah 3)




Anggota Atas. Terdiri daripada
  • Tulang kalvikel
  • Tulang lengan atas (humerus)
  • Tulang lengan bawah (radius dan ulna)
  • Tulang tangan :

  • 8-Karpal
  • 5-metakarpals
  • 14-phanianges
  •  



No comments: