widgets

Sunday, November 30, 2014

BAB 4 SISTEM PEREDARAN DARAH



Objektif

1.      Memberi pengetahuan berhubung dengan peredaran darah keseluruhan yang menjadi fungsi utama dalam struktur tubuh badan.

Definisi

2.      Peredaran darah adalah suatu sistem pengedaran dan persekitaran darah bermula dari jantung ke jantung semula. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan bahan-bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki lagi dari sel-sel.

Sistem Peredaran

3.      Darah dipam keluar dari jantung dan sampai ke segenap pelusuk tubuh badan melalui satu sistem peredaran darah yang mengandungi seperti berikut :

3.1              Jantung
3.2              Arteri
3.3              Vena
3.4              Salurhalus/Rerambut
3.5              Bendalir

Jantung

4.      Jantung merupakan salah satu daripada organ yang penting dalam badan manusia. Organ ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil SEPTUM. Kedua-dua bahagian ini tidak boleh berhubung diantara satu sama lain.

5.      Selain dari itu, ia juga dibahagi oleh injab iaitu di atas dan di bahagian bawah. Ruang bahagian atas di panggil ATRIA, manakala bahagian bawah di panggil VENTRIKAL.

6.      Di jantung ini terdapat dua atria iaitu kiri dan kanan, begitu juga ventrikal.

Peredaran Darah Dalam Jantung

7.      Peredaran ini bermula apabila darah yang dibawa dari badan oleh Vena Cava (darah kurang oksigen) masuk ke dalam arteri aville atau arterium kanan. Apabila darah ini masuk ke arteria akan mengepam darah ke ventrikal kanan. Darah yang masuk ini dikawal oleh injap. Selepas itu darah ini akan dipam oleh ventrikal kanan ke peparu. Di peparu, proses penukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku. Setelah proses ini selesai, darah ini akan masuk semula ke arteria kiri. Selepas itu darah ini akan mengalami proses yang sama seperti di sebelah kanan tadi. Apabila sampai di ventrikal, darah yang mempunyai banyak oksigen tadi akan dipam ke seluruh badan melalui Aorta dan Arteri.